Tuesday, February 1, 2011

PENGALAMAN; APA YANG KITA LAKUKAN?

Ada dua perkara yang sangat memberi kesan pada jiwa saya, sampai satu masa saya rasa ingin memberontak dan memberitahu dunia bahawa ianya adalah begitu! Ah, mungkin saya dah melebih-lebih, jadi berbalik kepada poin asal. Satu; saya dapati sangat sukar untuk mendapatkan bantuan daripada orang lain jika pertolongan yang kita perlukan itu agak rumit, memakan masa dan kudrat. Jarang yang sanggup membantu dengan rela hati dan berlapang dada terutama dalam situasi orang yang diminta bantuan itu sibuk. Sebenarnya situasi tu tak aneh, jika sibuk, mana punya masa untuk membantu orang lain? dan jika kita tak dibantu, kita harus faham bahawa setiap orang lain ada kehidupan dan urusan masing-masing.

Tapi...perasaan memerlukan dan menanti bantuan itu sememangnya sangat susah untuk dihadapi, pedih, sedih, rasa putus asa, hampir kecewa... nasib baik kita ada Allah tempat mengadu harapan.

Daripada pengalaman saya yang dirasakan sangat sukar itu (meskipun taklah sesusah mana) ada satu perkara yang saya sematkan dalam hati; kita mesti cuba untuk membantu orang lain yang memerlukan semampu mungkin, sekurang-kurangnya usaha untuk membantu harus ada. Perasaan yang tak 'best', rasa keseorangan tanpa sesiapa yang sudi membantu sangat menyedihkan. Tak perlu ada orang lain melalui pengalaman pahit yang sama seperti kita lalui.

Poin kedua di lain masa ya!

Idea 2 sen saya. 


No comments:

Post a Comment