Monday, February 7, 2011

BANG!

I suppose this is a special entry, to those who can understand this phrase.

It's okay to run away, if you can run in full speed.

Bang!

-Maido ari-





Sunday, February 6, 2011

KESUDAHAN YANG GEMBIRA?

Siapa pernah membaca kesudahan sebenar kisah Cinderella? atau Puteri Salji? atau Rapunzel? Akhirnya mereka dan putera-putera idaman hidup bahagia selama-lamanya? 

SALAH!

Mampukah Cinderella yang sentiasa dibelenggu kesusahan, hidup dalam istana tanpa sedikit kegusaran? Berdepan dengan keluarga mentua yang bangsawan, segala etika itu dan ini, bolehkah teman-teman haiwannya itu dibawa masuk bersama? menari, menyanyi sambil memberus lantai? Adakah cinta sang putera betul-betul boleh dipercayai jika begitu mudah mencari calon isteri dengan berteraskan stilleto kaca?
Kehidupan sebenarnya baru bermula untuk mereka. Bermula daripada kita menutup buku tersebut menyangka kesudahan yang gembira milik meraka berdua. Sedangkan hakikatnya kehidupan mereka baru benar-benar bermula.


Tuesday, February 1, 2011

PENGALAMAN; APA YANG KITA LAKUKAN?

Ada dua perkara yang sangat memberi kesan pada jiwa saya, sampai satu masa saya rasa ingin memberontak dan memberitahu dunia bahawa ianya adalah begitu! Ah, mungkin saya dah melebih-lebih, jadi berbalik kepada poin asal. Satu; saya dapati sangat sukar untuk mendapatkan bantuan daripada orang lain jika pertolongan yang kita perlukan itu agak rumit, memakan masa dan kudrat. Jarang yang sanggup membantu dengan rela hati dan berlapang dada terutama dalam situasi orang yang diminta bantuan itu sibuk. Sebenarnya situasi tu tak aneh, jika sibuk, mana punya masa untuk membantu orang lain? dan jika kita tak dibantu, kita harus faham bahawa setiap orang lain ada kehidupan dan urusan masing-masing.

Tapi...perasaan memerlukan dan menanti bantuan itu sememangnya sangat susah untuk dihadapi, pedih, sedih, rasa putus asa, hampir kecewa... nasib baik kita ada Allah tempat mengadu harapan.

Daripada pengalaman saya yang dirasakan sangat sukar itu (meskipun taklah sesusah mana) ada satu perkara yang saya sematkan dalam hati; kita mesti cuba untuk membantu orang lain yang memerlukan semampu mungkin, sekurang-kurangnya usaha untuk membantu harus ada. Perasaan yang tak 'best', rasa keseorangan tanpa sesiapa yang sudi membantu sangat menyedihkan. Tak perlu ada orang lain melalui pengalaman pahit yang sama seperti kita lalui.

Poin kedua di lain masa ya!

Idea 2 sen saya. 


SATU

Ok, ini blog saya yang ke-empat secara rasminya sejak saya mula menulis blog 5 tahun dulu. Kenapa banyak betul blog? Oh, soalan itu tak terjawab dek akal saya. Mungkin sebab bosan dengan gaya penulisan sendiri, tapi mungkin juga sebab saya semakin membesar secara mentalnya, dan semakin matang, jadi gaya dan nama-nama blog yang dulu terasa janggal di jiwa. Tu alasan yang relevan tak agaknya? Saya tak bercadang untuk menulis panjang untuk setiap entri blog ini, sekadar empat lima baris cukup untuk merakam idea-idea saya setiap kali bangun tidur agaknya. Kata orang idea yang paling bernas adalah yang pertama sekali kita fikirkan lepas bangun tidur, melainkan tentunya jika anda mengalami mimpi-mimpi yang tak semenggah malam sebelumnya, tapi itupun barangkali bakal mencetus idea yang kreatif, siapa tahu? Idea yang bernilai 2 sen ; sekarang, kalau idea itu ibarat emas, maka barangkali nilainya masa akan datang semakin tinggi? Saya taknak bercakap tentang emas, huh. Ok, mungkin idea itu ibarat masa? semakin bertambah usia dan pengalaman, masa itu kita rasakan semakin tinggi nilainya, begitu juga dengan idea-idea kita; semakin lama semakin bernas! (betul ke?)

Ok, idea 2 sen untuk kali ini!